Umum //  Berapa Besar Alam Semesta?

Pada malam yang indah dan jelas, bintang-bintang mungkin kelihatan begitu rapat sehingga anda hampir dapat mendekati dan menyentuh mereka. Tetapi sebenarnya, berapa jauh bintang-bintang dari bumi? Apa lagi yang berada di alam semesta yang luas selain bintang? Berapa besarkah alam semesta secara keseluruhannya?

APEX Stands Sentry on Chajnantor

Bintang-bintang di langit. Saintis mengkaji alam semesta dengan menggunakan teleskop yang canggih.


Tanpa mengetahui jarak yang sebenar, langit seakan-akan semangkuk berbintang di atas kepala kita - seperti kubah planetarium. Jika kita mula menganggarkan jarak ke bintang-bintang, kita dapat menggambarkan bagaimana alam semesta mungkin kelihatan. Saintis pada masa kini dapat menganggarkan jarak di antara Bumi dengan bintang-bintang dengan agak tepat tetapi masa terdapat banyak soalan yang tidak terjawab seperti:

  • Berapakah umur alam semesta?
  • Adakah ia besar tak terhingga
  • Di manakah kedudukan Bumi di alam semesta?

Jarak di alam semesta sememangya teramat jauh. Kita mungkin biasa dengan ukuran jarak dengan milimeter, sentimeter, dan kilometer tetapi di alam semesta, jaraknya lebih melampau sehingga berjuta-juta kilometer!

Matahari sebagai contoh adalah begitu jauh ia akan mengambil masa kapal angkasa 'Space Shuttle' tujuh bulan untuk terbang ke sana. Itulah sebabnya matahari, yang seratus kali diameter Bumi, kelihatan sangat kecil!

 

'Space Shuttle' Challenger sedang dilancarkan. Pada masa kini, kesemua-semua 'space shuttles' tidak lagi digunakan dan gantinya masih sedang diuji.


Tahukah Anda?:

Matahari kita adalah bintang di pusat Sistem Suria di mana Bumi kita terletak. Sebagai bintang yang paling hampir dengan Bumi, Matahari adalah objek yang paling terang di langit. Inilah sebab bintang-bintang lain (yang adanya lebih besar daripada matahari) kelihatan kecil dan malap.


Berapa jauhkah perjalanan ke bintang dengan menggunakan 'Space Shuttle' yang sama? Masa perjalanan ke bintang terdekat selepas matahari dengan laju terpantas akan menjangkau masa selama 70,000 tahun!

Selain bintang, terdapat banyak lagi di alam semesta seperti planet-planet, bulan-bulan, batuan, gas, dan pelbagai lagi unsur kimia. Alam semesta tidak padat tetapi dipenuhi dengan kekosongan di antara bintang, planet, dan bulan.


Tahukah Anda?:

Berapakah dan apakah nama-nama planet lain yang terdapat di Sistem Suria kami? Rujuklah gambar di bawah. Nombor apakah Planet Bumi?

The Image you see is from Solare Planeten99.jpg by Horst Frank, modified by Egg (Pluto cut off).


Walaupun alam semesta adalah tersangat luas dan sememangnya besar, ingat bahawa terdapat satu lagi dunia kecil yang juga tersangat menarik. Terokailah alam semesta dari hujung ke unsur yang terkecil diketahui dengan menggunakan multimedia interaktif di bawah:

You need a more recent version of Adobe Flash Player.
 
 

Sesi Soalan:

  • Adakah matahari kita sebuah bintang?
  • Mengapakah bintang-bintang kelihatan kecil?
  • Berapa besar alam semesta?

Artikel berkaitan:





// Carian